Rancangan TV Pendidikan  


Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha mempelbagaikan dan mempertingkatkan kualaiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Salah satu usaha yang dijalankan ialah memalui rancangan TV Pendidikan.

Rancangan TV Pendidikan berupaya membantu merangsangkan minat dan motivasi pelajar dengan memaparkan bahan Visual sebanar sesuatu yang hendak disampaikan. Bahan sokongan P&P ini dapat digunakan sebagai memperkayakan bahan pengajaran di sekolah. PSPN Kelantan telah berusaha membuat rakam salin bahan-bahan TV Pendidikan dalam bentuk VCD yang dapat dimainkan dengan semua pemain VCD (VCD Player). Sehingga bulan Feb 2006 seratus tajuk bahan TVP telah diterbitkan.

Sekolah-sekolah yang ingin membuat salinan bahan tersebut bolehlah datang ke PSPN atau memalui PKG dengan membawa CD kosong sendiri. Segala perkhidmatan adalah percuma.

   
   
 


 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |