PROGRAM KECEMERLANGAN PMR & PENINGKATAN PENGGUNAAN ICT SMK WAKAF BARU 


Program ini diadakan bertujuan untuk mencapai agenda utama SMK Wakaf Baru 2006 iaitu memperkasakan akademik di kalangan pelajar terutama yang akan mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini. Program ini dijalankan bermula 13 hingga 15 Ogos 2006 bertempat di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan. Bilangan pelajar yang terlibat dengan program ini adalah seramai 100 orang. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YBrs. En. Muhammad Dain Bin Othman KPP PSPN Kelantan.
 
 
Kehadiran para pelajar untuk mengikuti program ini di PSPN Kelantan   Para pelajar di bawa ke PSPN Kelantan dengan menaiki 2 buah bas sewa khas
     
 
En. Lokman Bin Ishak sedang menyampaikan ceramah kepada para pelajar   Sebahagian daripada para pelajar yang mengikuti program ini
     
 
Sebahagian daripada para pelajar yang mengikuti program ini   Sebahagian daripada para pelajar yang mengikuti program ini



PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KECEMERLANGAN PMR & PENINGKATAN PENGGUNAAN ICT SMK WAKAF BARU


Majlis ini telah sempurnakan oleh YBrs. En. Muhammad Dain Bin Othman KPP PSPN Kelantan pada 15 Ogos 2006 pada jam 12.30 tengahari bertempat di Bilik Seminar Bestari 2 PSPN Kelantan. Dalam ucapannya, YBrs. Tuan KPP berharap agar para pelajar menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah ke arah kecemerlangan akademik.

 
Ucapan wakil pelajar   Ucapan aluan Pengetua SMK Wakaf Baru
     
 
Ucapan perasmian penutup oleh YBrs. Tuan KPP PSPN Kelantan   Penyampaian hadiah kepada pelajar
     
 
Penyampaian hadiah kepada pelajar   Pengetua SMK Wakaf Baru menyampaikan cenderahati kepada KPP PSPN Kelantan
 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |