LAWATAN YB. DATO' SRI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA KE MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BEMBAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENJENAMAAN SEMULA SK. PAYA BEMBAN KEPADA SK. SRI BEMBAN. 


YB. Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein telah meluangkan masa hampir 30 minit melawat Makmal Komputer sekolah ini sebaik selesai merasmikan Majlis Penjenamaan Semula SK. Paya Bemban kepada SK. Sri Bemban. Sepanjang lawatannya, beliau sempat bermesra dengan para pelajar serta berpuas hati dengan pengurusan dan keceriaan makmal komputer sekolah ini yang telah mendapat bimbingan dan khidmat bantu daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan.

 
 
YB. Dato' Sri Hishammuddin B. Tun Hussein bertanya sesuatu kepada pelajar .   YB. Menteri Pelajaran sedang memerhati info - info ICT yang ditampal di papan kenyataan.
     
 
YB. Menteri Pelajaran berpuas hati dan gembira dengan kebolehan pelajar sekolah ini menggunakan aplikasi ICT dalam pembelajaran.   YB. Menteri Pelajaran bersama pelajar.
     
 
YBrs. KPP Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan sedang menandatangani buku pelawat Makmal Komputer SK Sri Bemban.   YB. Dato' Sri Hishammuddin B. Tun Hussein sedang
menandatangani buku pelawat Makmal Komputer SK Sri Bemban.

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |