Majlis Sambutan Malam Kemerdekaan ke-49 Anjuran DUN Pengkalan Kubor 


Pegawai PKG Tumpat telah dilantik sebagai Urusetia Rakaman dan Lintas Langsung sempena Majlis Sambutan Malam Kemerdekaan ke-49 Anjuran DUN Pengkalan Kubor bertempat di perkarangan Balai Bomba & Penyelamat Pengkalan Kubor pada 30hb Ogos 2006 bermula jam 5.00 petang sehingga 12.30
tengah malam.Majlis sambutan kali ini antara yang terbesar pernah diadakan di sini dengan kehadiran melebihi 3000 orang.

 
 
Pemasangan Astro membantu kelancaran acara Lintas Langsung Sambutan Kemerdekaan dari Tebingan kuching, Sarawak   Persembahan Tarian Singa membuka tirai acara sambutan
     
 
Tarian Tradisional Thai dan Persembahan Mak Yong merapatkan generasi baru dengan Seni Warisan Tradisional Tempatan   Perbarisan pasukan Kadet Remaja Sekolah penuh bersemangat
     
 
Ucapan ADUN Pengkalan Kubor, Datuk Hj. Noor Zahidi mampu membakar semangat cintakan negara kepada lebih 3000 penonton   Pemimpin Masyarakat Setempat sama-sama berganding tangan menjulang Jalur Gemilang sebaik sahaja laungan Kemerdekaan berkumandang
     

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |