Pusat
Akses PSPN Kelantan mula beroperasi sepenuhnya pada akhir
Januari 2006. Ianya bertujuan memberi kemudahan kepada semua
warga pendidik dan pelajar sekolah untuk mengakses internet
bagi tujuan pendidikan ke arah memartabatkan penggunaan ICT
dikalangan masyarakat pendidik dan pelajar di seluruh negeri
Kelantan ini.
Pusat Akses ini dikawal selia oleh Unit Media dan TV Pendidikan.
Semua pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai unit berkenaan.
Peraturan
yang perlu dipatuhi:
- Pengguna
individu atau penyelaras (pengguna berkumpulan) dikehendaki
mencatat maklumat perlu dalam Rekod Penggunaan PE ONLINE
dan dalam buku log penggunaan pusat akses
- Dilarang
membawa masuk beg ke dalam pusat akses
-
Tidak dibenarkan makan, minum atau merokok dalam pusat akses.
-
Dilarang membawa sebarang cakera perisian dari luar kecuali
dengan keizinan bertulis daripada Ketua Penolong Pengarah
PSPN.
-
Tidak dibenar membawa masuk dan menggunakan sebarang disket
dari luar.Hanya disket baru yang belum digunakan dan bebas
dari virus sahaja dibenarkan untuk kegunaan di dalam pusat
akses.
-
Sila pastikan anda log off komputer apabila selesai menggunakannya.
-
Tidak dibenar mengubah sebarang setting sedia ada pada setiap
komputer.
-
Dilarang sama sekali membawa keluar sebarang perkakasan
atau perisian komputer dari pusat akses, kecuali dengan
keizinan bertulis dari KPP PSPN
-
Sila laporkan sebarang masalah berkaitan penggunaan makmal
ini kepada pegawai bertugas.
-
Sila kemaskan pusat akses sebelum anda meninggalkannya.
|