
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan.
Tel: 09-7738688 09-7738689
Fax: 09-7736909
E-Mail: pspnkel@pspnkel.edu.my
/ kppkel@pspnkel.edu.my
Peta Lokasi PSPN
Imej
Satelit PSPN Kelantan dari:

Piagam Pelanggan
Kami, warga Pusat Sumber Pendidikan Negeri dengan penuh tekad dan
iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan
usaha kami untuk:
- Menjawab
semua surat dan aduan yang diterima dalam masa tujuh hari
- Memberi
khidmat nasihat dan bimbingan yang berkaitan dengan proses pengajaran
dan pembelajaran kepada pengguna
- Menjalankan
kursus peningkatan pengetahuan dan kemahiran pelanggan sebagaimana
yang dirancang sebanyak 95% dan mencapainya sekurang-kurangnya
3.5 pada skala Likert 5 markat
- Mengendalikan
kursus-kursus yang diperlukan oleh pelanggan dari masa ke semasa
- Memberi
layanan secara professional kepada pelanggan
- Mempamerkan
bahan-bahan pendidikan dengan tujuan untuk pendedahan dan pemindahan
teknologi kepada guru-guru
- Penghasilan
sumber-sumber pendidikan hendaklah memenuhi kepuasan pelanggan
mencapai sekurang-kurangnya 3.5 pada skala Likert 5 markat
Visi
Pembudayaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Misi
PSPN berhasrat memberi perkhidmatan secara kreatif dan inovatif
bagi
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui
Teknologi Pendidikan.
Fungsi
- Memberi
khidmat bantu dalam aspek teknologi pendidikan dan sumber pendidikan
di sekolah-sekolah Negeri Kelantan
- Memberi
kemudahan latihan dalam perkhidmatan berasaskan teknologi pendidikan
untuk tujuan peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di bilik darjah
- Menyebar
kaedah inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran
- Melaksanakan
dan meyelaras program-program peningkatan kemahiran penggunaan
teknologi pendidikan
- Menjalankan
aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam usaha meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran
- Sebagai
pusat sumber rujukan untuk peningkatan kemahiran dan pengetahuan
professional serta taraf akademik para guru
- Membina
dan meghasilkan bahan multimedia pengajaran dan pembelajaran untuk
keperluan pendidikan
- Menjalankan
program ‘training of trainers’ untuk zon-zon pendidikan
tempatan
- Membina
bank sumber pendidikan
- Menyelaras
dan menyokong pembangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Pusat
Sumber Sekolah (PRS)
- Memberi
latihan industri kepada pelatih-pelatih dari Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA)
|