Projek Peti Buku Bergerak merupakan satu projek yang diasaskan oleh PSPN Kelantan. Projek ini diadakan berasaskan galakan membaca secara terancang yang disebarluaskan skopnya agar menjadi sebagai sumber yang dapat mencakupi dua aspek penting iaitu budaya membaca dan sumber P&P di sekolah.

Projek ini dilaksanakan di sekolah-sekolah yang difikirkan sesuai dan yang memerlukannya. Ia diharapkan dapat menyelesaikan masalah kekurangan buku dan memaksimumkan penggunaan buku dalam masa senggang dan semasa P&P dalam bilik darjah.



Peti buku yang diperbuatan daripada kayu dengan diisi 130 buah buku diedarkan di sekolah-sekolah terpilih dan dilakukan pertukaran dua bulan sekali yang semuanya diuruskan oleh urusetia PBB PSPN Kelantan. Cara pelaksanaan PBB di sekolah ditentukan oleh jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja yang merancang atau mengatur penempatan PBB di tempat-tempat strategik yang menjadi tumpuan murid di masa senggang di sekolah.

PBB juga dijadikan sumber P&P di bilik darjah, iaitu seperti waktu guru ganti, pemulihan, pengayaan, pendidikan seni, bahan KBKK dan menjadi bahan paksaan di bilik darjah. Dengan kata lain, Projek Peti Buku Bergerak ini bukan sekadar bahan bacaan yang dibaca oleh murid untuk memenuhi masa senggang tetapi menjadi satu projek yang dirancang dan dilaksanakan secara sistematik berfokus kepada permasalahan yang timbul yang dapat diawasi dengan menggunakan sumber buku.

Guru juga dapat membuat anjakan paradigma tentang kepelbagaian fungsi buku dan ini akan menimbulkan minat kepada murid-murid kerana menjadi penyokong ke arah kecemerlangan akademik.




 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |