PERTANDINGAN SYARAHAN DAN UJIAN BERTULIS BAHASA MALAYSIA SJK (C) DAN SJK (T) PERINGKAT NEGERI KELANTAN KALI KE 24 TAHUN 2006 


Pertandingan ini telah berlangsung pada 24.6.2006 bertempat di Dewan Besar Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Zahari B. Daud ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan mewakili Pengarah Pelajaran Kelantan. Seramai 64 orang peserta mewakili 16 buah sekolah SJK(C) dan SJK(T) menyertai pertandingan ini.

Objektif Pertandingan :

a.
Menggalakkan murid - murid SJK(C) & SJK(T) mendalami serta mempertingkatkan taraf Bahasa Malaysia.
b.
Menggalakkan murid - murid SJK(c) & SJK(T) bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
c.
Merapatkan perhubungan di antara guru dan murid di Kelantan.
d.
Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah
e.
Menanamkan semangat Cintai Bahasa Malaysia.

Tajuk Pertandingan:

- Perpaduan dan Muhibah
- Kesopanan dan kesusilaan
- Integrasi Kaum

 
 
Peserta sedang menyampaikan syarahan   Peserta sedang menyampaikan syarahan
     
 
Peserta sedang menduduki ujian bertulis   Sebahagian daripada peserta yang akan bertanding

 
 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |