Kursus Peningkatan Profesionalisma Untuk Pegawai Teknologi Pendidikan dan Pembantu Tadbir PKG  


Kursus Peningkatan Profesionalisma Untuk Pegawai Teknologi Pendidikan dan Pembantu Tadbir PKG dijalankan selama tiga hari iaitu bermula 25 hingga 27 Jun 2006. Matlamat kursus tersebut ialah untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai-pegawai dalam melaksanakan tugas seharian mereka sesuai dengan fungsi dan peranan organisasi yang kian mencabar. Seramai 81 orang terlibat menyertai kursus ini.

Selain daripada Ketua Penolong Pengarah PSPN Kelantan dan Penolong-penolong Pengarah, seorang penceramah jemputan, iaitu Tuan Hj. Radzi bin Mohamed turut menyampaikan ceramah dalam kursus tersebut.

 
Ketua Penolong Pengarah merasmikan Program Kursus   Sebahagian dari pegawai tekonogi pendidikan yang hadir
     
 
Sebahagian dari pembantu tadbir PKG sedang mengikuti kursus   Penolong Pengarah PSPN Kelantan, En. Lokman Ishak sedang menyampaikan ceramah

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |