Kursus Pedagogi Pembestarian  


Panorama Kursus Pembestarian Sekolah 2006 di PSPN Kelantan pada 28.2.2006 jam 8.30 pagi. Setiap peserta membawa komputer riba masing-masing dan berpeluang mengakses internet melalui rangkaian SchooNet PSPN Kelantan.

Taklimat Pembestarian Sekolah 2006 -2010 telah diadakan di Dewan PSPN Kelantan pada 22 Februari 2006. Taklimat tesebut disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah PSPN Kelantan dan Wakil Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu kepada semua Pengetua dan Guru Besar Negeri Kelantan. Pada majlis itu juga, Pegawai Pendidikan Daerah Bachok menyampaikan ceramah dengan tajuk Pengurusan Kualiti.

Program Pembestarian Sekolah adalah program 5 tahun bermula 2006 hingga 2010 dengan melibatkan semua guru. Mereka akan mengikuti kursus di Maktab Perguruan Kota Bharu dan Maktab Perguruan Sultan Mizan Besut dengan menekankan pedagogi bestari.


 
     
 
 


PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 800x600 |