Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Daerah Pasir Mas 2006 


Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Daerah Pasir Mas 2006 telah berlangsung bertempat di Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong bermula dari 10 September 2006 hingga 14 september 2006.

Program ini telah melibatkan seramai 74 orang Guru Penyelaras PSS di bawah kelompok 4 buah Pusat Kegiatan Guru Daerah Pasir Mas, iaitu PKG Kedai Tanjong, PKG Rantau Panjang, PKG Kangkong dan PKG Mekasar.

Diantara objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susunatur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran. Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.

Program ini telah rasmikan oleh En Muhammad Dain Bin Othman, Ketua Penolong Pengarah PSPN Kelantan. Turut hadir didalam majlis ini ialah Haji Safie Bin Hussin Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas/Tumpat.

 
Ketibaan KPP PSPN   KPP PSPN disambut meriah
     
 
Ucapan Perasmian   Penyerahan Kain Rentang Khidmat Bantu
     
 
Khidmat Bantu ke Sekolah terlibat   Khidmat Bantu ke Sekolah terlibat
     
 
Ucapan Penutup Program oleh Ketua Unit PSP PKG   Peserta Program Khidmat Bantu PSS
 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |