KEM KECEMERLANGAN UPSR SEKOLAH ANGKAT PSPN KELANTAN 2006


Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan menganjurkan Kem Kecemerlangan UPSR kepada 101 pelajar cemerlang Sekolah Angkat PSPN mulai 2 hingga 4 Mei 2006. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Seri Chempaka, SK Sabak dan SK Kok Pasir. Majlis Perasmian Kem Kecemerlangan UPSR ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Muhammad Dain b. Othman, Ketua Penolong Pengarah PSPN Kelantan. Di akhir kem ini diharapkan para pelajar dapat:
  • Mencapai sekurang-kurangnya 50% A dalam matapelajaran yang dijalankan peer-tutoring iaitu Bahasa Inggeris dan Sains.
  • Membudayakan pelaksanaan peer-tutoring di sekolah angkat dan menjelang tahun 2007 semua sekolah angkat dapat mengamalkan peer-tutoring sepenuhnya.
  • Peningkatan 10% bilangan 5A dalam UPSR berbanding dengan tahun 2005.
  • Menjawab soalan mengikut format peperiksaan UPSR.
     
Para peserta sedang mendaftar diri di meja urusetia   Hj. Awang b. Salleh sedang mempengerusikan majlis perasmian Kem Kecemerlangan UPSR
     
 
Para peserta sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Salleh b. Che Hussin   KPP PSPN menyampaikan ucapan perasmian
     
 
En. Zahidi Baki b. Ab. Rahman sedang memberi taklimat Modul dan Tunjukcara Aplikasi (B.I)   Para peserta sedang menduduki PRA TEST

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 800x600 |