Lawatan KPP ke Sekolah Khidmat Bantu  


Tuan Ketua Penolong Pengarah PSPN Kelantan, En. Muhammad Dain Bin Othman bersama-sama En. Suhaimi bin Kadeir, Pemangku KPP PSP BTP telah mengadakan lawatan ke semua sekolah yang telah terlibat dengan Program Khidmat Bantu oleh BTP dan guru PSS seluruh Tumpat pada 11.05.2006. Sekolah–sekolah yang dilawati ialah bermuala dengan SK Delima, SK Chenderong Batu, SK Kok Keli, SK Kelaboran dan berakhir dengan SMK Dato’ Biji Wangsa.

 
Tuan KPP menerangkan sesuatu kepada guru SK Delima semasa lawatan ke sekolah berkenaan pada 11.05.2006   Tuan KPP bermesra dengan murid SK Cenderong Batu sambil diperhatikan En Suhaimi, Pemangku KPP PSP BTP
     
 
Guru Besar SK Kok Keli menyambut ketibaan Tuan KPP dan En. Suhaimi serta ahli rombongan   En. Fauzi, Guru Besar Sk Kok Keli serius berbincang dengan En. Suhaimi, Pemangku KPP PSP BTP
     
 
Tuan KPP dan rombongan disambut dengan persembahan syair oleh seorang murid tahun 6 SK Kelaboran   Tuan KPP memuji bakat dan kebolehan murid sambil diperhatikan oleh En. Suhaimi

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |