Program Jejak Maklumat Kelantan 2006 


Program Jejak Maklumat adalah anjuran bersama PSPN Kelantan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa). Program ini telah diadakan pada hari Isnin 13 November 2006 bertempat di perkarangan PSPN Kelantan. Seramai 24 orang peserta daripada 8 buah sekolah telah mengambil bahagian. Sekolah menengah diwakili oleh SMK Tendong, SMK Kota, SMK Pengkalan Chepa I dan SMK Perempuan, Pasir Mas; manakala sekolah rendah diwakili oleh SK Zainab 2, SK Ismail Petra I, SK Tengku Indera Petra dan SK Othman Talib 2, Pasir Mas.

Pasukan SK Tengku Indera Petra telah berjaya menjadi Johan untuk kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah telah dimenangi oleh pasukan SMK Kota. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh encik Muhammad Dain bin Othman, Ketua Penolong Pengarah, PSPN Kelantan. Kepada semua yang menjayakan program ini Jawatankuasa Pengelola Program Jejak Maklumat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.

 
Taklimat kepada para peserta   Ucapan perasmian penutup oleh tuan KPP PSPN
     
 
Penyampaian cenderahati kepada peserta   Penyampaian sijil kepada peserta
     
 
Bergambar kenangan peserta sekolah rendah   Bergambar kenangan seserta sekolah menengah

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |