Majlis Sambutan Hari Merdeka ke 51
Pengkalan Chepa 28 Ogos 2008. BTPN Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Merdeka pada hari ini. Walaupun majlis ini diadakan secara sederhana tapi meriah. Majlis Sambutan Hari Merdeka dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh instruktor Pn. Sally.berita lagi
Kursus PHP dan MySQL
Pengkalan Chepa 24 Ogos 2008. Unit Intervensi ICT dengan kerjasama Unit Pendidikan Bestari telah mengadakan kursus PHP dan MySQL bagi pegawai PKG seluruh negeri Kelantan. Kursus yang bertujuan untuk memahirkan pegawai PKG dalam membina laman web yang dinamik telah disampaikan oleh penceramah dari Institut Perrdidikan Sultan Mizan, En. Shamsuddin b. Ahmad dan En. Zunaidi b. Yusoh. berita lagi
Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2008
17 OGOS 2008, Pengkalan Chepa. Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2008 telah diadakan di BTPN Kelantan pad 16 hingga 19 Ogos 2008. Karnival ini adalah untuk merealisasikan 'Sekolah Bebas Dadah menjelang Tahun 2012. Beberapa persembahan telah diadakan antaranya Dikir Barat, Nasyid, Boria, Melukis, Deklamasi Sajak dan e-PPDa yang diadakan di beberapa lokasi termasuk Pasaraya KB Mall, SMS Tg. Faris daan SMK Pengkalan Chepa.
Persaraan Hj. Mat Daud.
15 OGOS 2008, Pengkalan Chepa. Tn Hj. Mat Daud b. Majid telah bersara wajib pada hari ini. Hj. Mat Daud dari Unit ICT, BTPN Kelantan, telah berkhidmat dengan KPM selama 34 tahun. Sebelum bertugas disini beliau telah menjadi Penyelaras PKG Badak selama lebih kurang 10 tahun. Kakitangan BTPN Kelantan mengucapkan selamat bersara kepada Tn Hj. Mat Daud b. Majid.
Pelancaran Link Akademi JPN Kelantan
3 OGOS 2008, Pengkalan Chepa. Tuan KPPM, Dato' Alimuddin merasmikan Pelancaran Laman Web 'Link Akademik' JPN Kelantan. Laman Link Akademik adalah satu laman dimana guru, pelajar dan ibu bapa boleh mengakses prestasi. . berita lagi
Lawatan Petanda Aras dari BTPN Perlis
Pengkalan Chepa. 28 Jul 2008. Rombongan dari BTPN Perlis telah mengadakan lawatan penanda aras di BTPN Kelantan. Rombongan yang diketuai oleh En. Zailani diberi taklimat mengenai Eduweb oleh En. Kamran, Ketua Unit PICT dan melawat bilik-bilik khas BTPN Kelantan. . berita lagi
Seminar PIPP Peringkat Negeri Kelantan.
Pengkalan Chepa 28 Jun 2008. YB. Dato' Sri Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan Seminar PIPP Peringkat Negeri Kelantan. Seminar yang berlangsung selama 1 hari telah dihadiri oleh Tan Sri Annuar Musa, Tn Hj. Adenan b. Deraman, Pengarah BTP, KPM, Tn. Hj. Ismail Mohd Noor, Pengarah JPN Kelantan serta Pegawai-pegawai dari JPN dan BTPN Kelantan. . berita lagi
|