PROGRAM NILAM DAN GALAKAN MEMBACA 2008
SMK PENGKALAN CHEPA 2



19 Mac 2008, bertempat di SMK Pengkalan Chepa 2 telah berlangsung sebuah majlis perasmian untuk Program Nilam dan Galakan Membaca 2008.  Program yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan, En. Muhammad Dain b. Othman.

Objektif utama program seperti ini diadakah ialah untuk memupuk budaya membaca dalam diri pelajar yang mana budaya tersebut adalah budaya yang amat sihat yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar.  Program ini juga adalah untuk menyuntik kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan membaca dan juga untuk mewujudkan budaya ilmu di kalangan pelajar.  Pihak sekolah juga berhasrat untuk merealisasikan matlamat Program Membaca Peringkat Kebangsaan.

Dalam ucapan perasmian dihadapan murid seramai 1400 orang, Yang Berbahagia tuan KPP berkata, dengan budaya membacalah yang akan merangsang minda pelajar dalam meniti kehidupan sebagai seorang pelajar seterusnya dapat menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang.  Tambah beliau, tamadun atau bangsa cemerlang hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya membaca.  Akhirnya Yang Berbahagia Tuan KPP berpesan agar budaya ini dapat dikekalkan pada setiap masa oleh setiap pelajar demi menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan gemilang.

 

 

     

 


   
   
   
   
   
   
   

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |