20 April 2008. Pegawai-pegawai dari kesemua unit BTPN Kelantan telah menghadiri Kursus Fail Meja yang di adakan di Pulau Kapas, Terengganu. Kursus yang dijalankan selama 4 hari 3 malam telah membincang dan meneliti fungsi-fungsi unit yang telah disesuaikan dengan fungsi tahun 2008. Disamping itu juga pegawai-pegawai telah menganjurkan beberapa aktiviti riadah seperti berkayak, bersukan dan candak sotong disebelah malam. Aktiviti-aktiviti riadah sebegini sangat di perlukan untuk menghilangkan stress yang berterusan. Juga ia dapat mewujudkan kerja berpasukan.