27 Mac 2008, Majlis RESTU NILAM adalah program kemuncak Kem Intensif NILAM Negeri Kelantan 2008. Majlis Restu Nilam telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JPN Kelantan, Tn Hj Ismail b. Md. Noor. BTPN Kelantan telah mengadakan Kem Intensif Nilam Negeri Kelantan 2008 merupakan persediaan awal calon-calon NILAM yang mewakili Negeri Kelantan ke peringkat Kebangsaan. Kem ini telah mendedahkan kepada calon penilaian mengikut format pengadilan peringkat kebangsaan. Kem ini berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 Mac 2008.