5 Feb 2008 Dalam usaha untuk menggerakkan peranan guru penyelaras makmal komputer, PKG Kangkong telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Makmal Komputer bagi sekolah-sekolah kelompok. Seramai 17 orang guru Penyelaras Makmal Komputer Sekolah Kelompok hadir. Mesyuarat ini dihadiri oleh KU Pengurusan ICT BTPN Kelantan,En.Kamran b. Mohamad. Mesyuarat ini memberi peluang guru ICT untuk beramah mesra sesama mereka dan dapat mengadu permasalahan di makmal sekolah masing-masing. Dalam majlis itu, En. Kamran menjelaskan terdapat hubungan yang rapat antara BTPN Kelantan dengan Unit ICT JPN, PPD dan GITN dalam membudayakan ICT di negeri Kelantan melalui persetujui yang dicapai dalam mesyuarat Pengurusan ICT negeri Kelantan tempoh hari. Penyelaras juga didedahkan dengan fungsi atau tanggungjawab yang perlu dipikul apabila dilantik sebagai Guru Penyelaras Bestari. Beberapa rumusan telah dicapai dalam mesyuarat tersebut:
- Lebih dari 70% komputer di sekolah-sekolah kelompok telah rosak kerana PC terlalu lama (bekalan tahun 1999).
- Ketiadaan bahan habis guna seperti tonna, menyebabkan printer yang dibekalkan tidak dapat dimanafaat oleh pelajar dan guru.
- Talian Schoolnet yang menggunakan Wireless di tujuh buah sekolah tidak berfungsi sejak Oktober 2007 kerana masalah antenna di Bukit Panau.
- Talian Schoolnet terlalu perlahan, menyebabkan penggunaa kurang
- Merapatkan hubungan antara penyelaras dalam kelompok PKG Kangkong.
KU ICT BTPN juga meninjau status komputer di kelas pra sekolah dan mendapati telah rosak dan tiada siapa yang mengambil tanggungjawab.