15
Jun 2008. Portal Pendidikan Edu Web BTPN Kelantan telah disempurnakan pelancarannya oleh Tuan Timbalan Pengarah BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tn Hj. Rosland b. Hussein. Majlis ini telah turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Tn Hj. Ismail b. Mohd Noor. Edu Web BTPN Kelantan merupakan 'one-stop resource center' dimana guru, pelajar dan juga komuniti dapat mengakses serta memuat turun bahan-bahan yang terkandung didalam Portal Edu Web secara percuma. Guru-Guru juga dapat menggunakan bahan-bahan ini secara 'online' dan 'offline'. Antara kandungannya adalah terdiri dari bahan video, audio, imejan, kuiz dan e-kapsul yang memuatkan bahan-bahan seperti bahan Power point, pdf serta doc.