11
Jun 2008. Seramai 20 orang terdiri dari Pegawa BTPN dan PKG Kelantan telah berbengkel untuk memuatnaik bahan-bahan P&P ke Portal Eduweb BTPN Kelantan. Bengkel yang dikendalikan oleh Unit ICT BTPN Kelantan telah dapat memuatnaik sebanyak 160 tajuk video yang terdiri dari bahan TV Pendidikan dan bahan Terbitan Khas BTPN Kelantan. Bahan TV Pendididkan ini telah diusahakan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan, En Roslan Mohammad dari Unit Galakan Penggunaan Bahan Media Pendidikan. Adalah difahamkan Portal Eduweb BTPN Kelantan akan dilancarkan oleh Tuan Timbalan Pengarah BTP, Tn Hj. Rosland b. Hussein pada 15 Jun 2008.