2 April 2008. Seramai 32 orang pegawai dari BTPN dan PKG Selangor mengadakan lawatan penanda aras ke BTPN Kelantan. Rombongan tiba di BTPN Kelantan pada 1 April 2008 dan dijangka berlepas ke Shah Alam pada hari Khamis 3 April 2008 selepas mengadakan lawatan ke PKG Tumpat. Pada hari ini rombongan telah diberi taklimat khusus mengenai ICT di BTPN Kelantan sebelum mengadakan lawatan ke SM Tengku Mohd Faris Petra dan PKG Banggol pada sebelah petang.