Kursus Pembinaan Bahan Sumber Berasaskan 'Keynote'.
24 Februari 2008 - Kursus Pembinaan Bahan Sumber Berasaskan 'Keynote' diadakan di BTPN Kelantan dari 24 hingga 25 Februari 2008. Peserta kursus terdiri dari guru-guru pakar dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG. Disamping bertujuan untuk membina bahan sumber untuk di 'upload' ke Eduweb BTPN Kelantan, kursus ini juga membantu guru membina blog sendiri. Penceramah kursus ialah pakar 'Apple' yang tidak asing lagi, Shah.