To' Pa Bersama Angkasawan Negara



AYER LANAS : 26 JANUARI 2008 Majlis Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Dato' Mustapha Mohammed bersama angkasawan Pertama Negara Dr. Shaikh Muszapar Shukur Al Masrie bin Shaikh Mustapha telah diadakan di SMK Ayer Lanas iaitu salah sebuah kelompok PKG Ayer Lanas.

Untuk menjayakan majlis pihak BTPN Kelantan telah dijemput untuk menyedia dan memasang peralatan CCTV. Sehubungan dengan itu empat kakitangan dari BTPN Kelantan dan dibantu oleh PTP PKG Chabang Empat, PTP PKG Tapang, PTP PKG Ayer Lanas dan PTP PKG Jeli.

Majlis To' Pa bersama Angkasawan Negara yang pertama kali diadakan di Negeri Kelantan mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai di Daerah Jeli dan daerah sekitarnya. Lebih dari 5000 orang hadir dalam majlis tersebut. Dalam ucapannya To' Pa mengucapkan terima kasih diatas sambutan orang ramai terhadap majlis ini. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada petugas-petugas termasuk dari BTPN Kelantan yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini.

Dalam Majlis To' Pa bersama Angkasawan Negara ini, Dr. Shaikh Muszapar menceritakan pengalaman beliau semasa beliau pengembaraan di angkasa lepas. Beliau menceritakan ujian-ujian dan aktiviti di angkasa lepas. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau menjalanakn ibadat sebagai seorang Islam di sana.

 

 

 

 


     

 


   
   
   
   

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |