24 Jan 2008. Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 SMK Beris Panchor telah dirasmikan oleh Tuan KPP BTPN Kelantan. Sekolah anak angkat BTPN Kelantan ini telah mencapai pencapaian cemerlang didalam peperikasaan PMR baru-baru ini. Matlamat utama Majlis Anugerah Kecemerlangan adalah untuk membangkitkan semangat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan yang lebih cemerlang diperingkat SPM. Anugerah ini ditaja oleh pihak PIBG yang menyumbang wang tunai mengikut kategori iaitu Straight A’ RM 100.00 seorang dan 6A ke atas RM 10.00 setiap bilangan A.Manakala pelajar-pelajar Straight A’s seramai 11 orang menerima sumbangan peribadi sebanyak RM 100.00 seorang daripada YBRS EN MUHAMMAD DAIN B OTHMAN – KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan yang merupakan bapa angkat pelajar-pelajar KRK Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor Bachok Kelantan. Kesemuanya berjumlah RM 1,100.00.
Senarai 11 orang pelajar Straight As ( 4 (9A) & 7 (8A) :-
1. BAZILAH MAT DAUD
2. NORLIYANA SYAZWANI BT MOHAMAD
3. NUR HIDAYAH BT LOKMAN
4. ROSLAILY BT ISMAIL
- NUR ARIESHA NADHIRA BT
- MOHAMAD AUFA B. ZAKARIA
- NOR AFIZA YUSOF
- NUR FARAH ATHIRAH BT MOHAMAD
- NUR FATHIAH BT ZAINAL ABIDIN
- NURUL HIDAYAH MOHD. GHAZALI
- NURUL NADIA SYAFINI
- Seramai 65 orang pelajar cemerlang 6A ke atas menerima anugerah.
- Peratus lulua sekolah 2007 ialah 58.79 dan gred purata ; 2.62
- Gred purata bagi kelas KRK (BTPN ) ialah 1.39
Keputusan kecemerlangan KRK.