SMK Perempuan Pasir Mas telah menganjurkan kem selama 3 hari di BTPN
Kelantan bermula dari 12 April 2007 hingga 14 April 2007. Kem ini
adalah anjuran daripada Unit Prestasi PMR SMK Perempuan bersama dengan
pihak BTPN Kelantan. Seramai 100 orang pelajar tingkatan 3 telah
terlibat dalam program ini.
Program ini
dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai teknik kecemerlangan subjek-subjek dalam PMR serta penggunaan
internet dalam P&P. Objektif utama kem ini ialah untuk melahirkan
insane yang mempunyai akademik dan akhlak yang berkualiti, memberi
pendedahan kemahiran belajar dan pengurusan masa yang berkesan, memberi
pendedahan tentang penggunaan internet untuk P&P dan menanam sikap
sabar dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.
Bermotokan
“Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam” pihak penganjur amat berharap
agar kursus ini dapat dihayatai oleh peserta dengan jayanya. Pihak
BTPN juga berharap agar setiap peserta akan mendapat manfaat daripada
aktiviti yang dijalankan dan semoga ilmu yang ditimba semasa berada di
BTPN akan dipergunakan sebaik mungkin dalam mengahadapi ujian PMR yang
bakal menjelang.
|