Seiring dengan saranan dan impian kerajaan untuk membestarikan semua institusi pendidikan di negara ini, Tn. Hj. Wan Mansor Wan Mohmood iaitu pengetua SMKKK1 telah mengambil langkah sepatutnya ke arah itu. Tanggal 15 Febuari 2007 menjadi titik sejarah bagi SMKKK1 kerana dengan rasminya Pusat Akses di sekolah tersebut dirasmikan oleh Ybrs Tuan KPP PSPN Kelantan, En. Muhammad Dain b. Othman. Dengan bermottokan “Pelajar Jauhari Pemangkin Institusi Pendidikan Bestari” pihak pengurusan sekolah ini amat berharap agar pusat akses ini akan menjadi titik tolak ke arah pembestarian sekolah. Dalam ucapan perasmian Tuan KPP berharap agar para pelajar dapat menggunakan kemudahan yang ada untuk mengekses maklumat berkaitan dengan pembelajaran. Beliau juga berpesan kepada pihak pentadbiran sekolah agar cuba sebaik yang mungkin untuk mengimarahkan lagi pusat akses tersebut agar ianya menjadi pusat maklumat yang penting kepada pelajar dan juga untuk kakitangan sekolah tersebut.
|
|
|
Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan memotong riben bagi merasmikan Pusat Akses |
|
Menandatangani plat perasmian |
| |
|
|
|