PENGARAH BTPN KELANTAN TURUN PADANG


25 Julai 2007. Tuan Pengarah BTPN Kelantan, En. Muhammad Dain Othman telah melawat SK Kubang Krian 1.  Dalam lawatan ini, Tuan Pengarah telah memantau perkembangan, pengurusan dan penggunaan Makmal Komputer dan Pusat Akses sekolah.  Dalam lawatan tersebut Tuan Pengarah telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

Beliau juga telah memberi beberapa tips kepada pihak sekolah untuk membaiki beberapa kelemahan yang yang telah dikenalpasti.  Pihak sekolah amat berbesar hati dengan keperihatinan pihak BTPN Kelantan terutamanya kepada Tuan Pengarah kerana kepekaan beliau dalam memastikan pengunaan makmal komputer dan pusat akses berjalan dengan lancar demi menghasilkan anak-anak bangsa yang celik IT selaras dengan matlamat pendidikan Negara.  Tahniah diucapkan.

Tuan Pengarah juga akan melakukan lawatan demi lawatan ke sekolah-sekolah untuk memastikan agenda ini berjalan dengan lancar dan teratur.

 

 
 
     

 

 

 


 

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |