Kearah Persiapan Audit Pematuhan SIRIM- Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

15 Nov 2007 – Dalam usaha untuk mencapai pengiktirafan Persijilan MS ISO 9001:2000, BTPN Kelantan mengambil insiatif untuk melaksanakan kajian semula pengurusan. Mesyuarat yang dihadiri oleh KPP Sektor Jaminan Kualiti, Pn. Lucia, KPP BTPN Kelantan dan Pasukan Petugas Kualiti. Perjalanan mesyuarat itu lebih menjurus pra audit pemantauan sebenar bagi melihat kelemahan yang wujud. Pembentangan laporan status, laporan audit dalaman, cadangan menambahbaikan SPK serta permohonan pindaan kualiti  diperbahaskan. Beberapa kelemahan dikenalpasti dan ahli majlis telah mengambil kata sepakat untuk membuat pembetulan dan penambahan baikan dari segi :

  1. Penggunaan gaya bahasa dalam penulisan laporan.
  2. Membuat semakan (cross check) antara PKP dengan PKPS.
  3. Menggunakan istilah klausa bukan seksyen
  4. Dokumen-dokumen yang berkaitan perlu disediakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Manual Kualiti.

Semua tenaga dikerahkan sehingga ke saat akhir bagi memastikan semua cadangan yang diberikan itu mencapai target. Untuk memastikan Manual Kualiti dipatuhi, En. Adnan Ab. Hamid (Sektor Jaminan Kualiti BTP) akan turun membantu. Gotong royong perdana akan dilaksanakan pada hari sabtu bagi kerja-kerja menceriakan kawasan persekitaran kerja BTPN agar selesa dan kondusif.





 

   

 


   
   
   
   

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |