KEJOHANAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KELANTAN 2007


Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh seramai 343 orang pelajar dari seluruh negeri Kelantan. Seramai 70 orang pegawai yang terlibat secara langsung dalam kejohanan ini.  PPD Kota Bharu adalah pengelola bagi kejohanan peringkat negeri bagi tahun 2007.

Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan. Pada hari pertama telah dilangsungkan kategori Silat Olahraga dimana 3 kategori untuk lelaki dan 3 kategori untuk perempuan dipertandingkan. Untuk hari kedua pula kategori yang dipertandingkan adalah kategori Silat Seni. Kategori ini telah dipecahkan kepada 4 bahagian pertandingan iaitu Seni Tari Silat, Seni Tempur Silat, Seni Jurus Silat (puteri sekolah menengah) dan Jurus Wajib (putera sekolah menengah).

Pemenang bagi kejohanan kali ini akan mewakili negeri Kelantan untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan yang juga akan berlangsung di Kelantan pada 22-26 Julai ini bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB.

Adalah diharapkan agar kejohanan peringkat negeri ini akan dapat melahirkan wira-wira silat yang mampu mengharumkan nama Kelantan di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung nanti.



 

     

   
   
   
   

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |