PERHIMPUNAN BULAN JANUARI BTPN KELANTAN


18 Januari 2007. Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2007 telah diadakan bertempat di Dataran PSPN Kelantan. Majlis ini bermula jam 9.00 pagi dan telah disempurnakan oleh Y.Brs. En. Muhammad Dain bin Othman, Ketua Penolong Pengarah PSPN Kelantan. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan semua pegawai PSPN dan PKG supaya menitikberatkan tentang Perancangan Aktiviti, Pelan Tindakan, Tindakan Susulan dan Output samada dalam bentuk yang boleh dilihat atau di dokumentasikan. Perhimpunan Bulanan kali ini diurusetiakan oleh Unit Pengurusan Pusat Kegiatan Guru dan di Pengerusikan oleh En. Salleh bin Che Hussin, Penolong Pengarah unit tersebut.

 

 
Tuan KPP Menyampaikan Ucapan dan Amanat Tahun 2007
 
Ucapan oleh Ketua Unit PKG, En. Salleh b. Hussin
     
 
Pegawai-Pegawai BTPN Kelantan
 
Penyampaian Hadiah Hari jadi oleh KPP BTPN Kelantan.

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |