29 Oktober 2007, bertemakan “Perancangan Bandar
dan Desa-50 Tahun” Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Semenanjung Malaysia bersama dengan Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan telah membuat satu program
untuk menyambut Hari Perancang Bandar Sedunia bertempat
di BTPN Kelantan. Sambutan ini disambut di 30 buah negara
dalam 4 benua pada 8 November setiap tahun. Ianya merupakan
hari istimewa bagi menghargai dan mempromosi peranan
perancangan dalam mewujudkan komuniti yang sesuai untuk
didiami. Pada hari tersebut juga telah diserikan lagi
dengan beberapa persembahan termasuklah persembahan
koir dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, pesembahan
nasyid, dikir barat, coral speaking dan lagu puisi dari
beberapa sekolah yang berdekatan.
Objektif perayaan ini adalah untuk menarik perhatian
terhadap matlamat, objektif dan kemajuan dalam perancangan
Bandar dan wilayah di seluruh dunia. Ianya juga adalah
untuk menyerlahkan sumbangan berharga perancangan
Bandar terhadap kualiti petempatan manusia dan persekitaran.
Wakil daripada JPN Kelantan, Pn. Sharifah berkata,
sambutan seperti ini amatlah berharga kepada murid-murid
kerana dengan adanya sambutan seperti ini ianya akan
meningkatkan lagi pengetahuan murid dalam ilmu pengetahuan
mereka disamping mendedahkan lagi satu peluang kerjaya
kepada mereka. Dihadapan 100 orang murid sekolah beliau
juga mengingatkan supaya mereka semua belajar bersungguh-sungguh
demi memastikan matlamat dan impian mereka tercapai
disamping untuk meningkatkan lagi produktiviti negara
dimasa akan datang.
Yang berbahagia En. Kamalruddin Shamsudin, Pengarah
1 Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Kuala
Terengganu melahirkan perasaan gembiranya apabila
melihat kesungguhan pihak KPM dalam memberi kesedaran
kepada pelajar tentang pentingnya fungsi jabatan beliau
dalam masyarakat. Dengan adanya sambutan seperti ini
diseluruh negeri beliau berharap ianya akan membuka
minda pelajar dari segi fungsi jabatan beliau disamping
membuka peluang kerjaya kepada seluruh pelajar. Beliau
juga berterima kasih kepada pihak BTPN Kelantan kerana
telah sudi bekerjasama dengan pihak beliau untuk menyediakan
kemudahan bagi mereka menjayakan program tersebut.