|
21
Mac 2007 – Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah
menganjurkan Anugerah Nilam dan Khemah Membaca peringkat Negeri
Kelantan pada 21 – 22 Mac 2007 bertempat di BTPN Kelantan. Majlis
Anugerah ini di urusetiakan oleh Unit Pengurusan Pusat Sumber Sekolah,
BTPN Kelantan. Seramai 45 orang pelajar dari sekolah menengah dan
sekolah rendah seluruh negeri yang telah berjaya mencapai tahap
pembacaan NILAM diperingkat sekolah masing-masing terpilih untuk
menyertai Anugerah ini. Pelajar-pelajar yang terpilih dari majlis
anugerah ini akan mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan yang
akan diadakan pada 24 – 29 April di Kuala Lumpur.

|