PROGRAM PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN DI SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2007

20 Oktober 2007, Program sehari yang dianjurkan bersama JPN Kelantan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dihadiri oleh lebih kurang 500 orang peserta. Peserta terdiri daripada pihak pentadbiran sekolah, murid, pengusaha makanan di sekolah dan juga ibu bapa. Tujuan utama program ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan dan juga pengetahuan kepada semua pihak tentang cara untuk menjaga pemakanan terutamanya dari segi keselamatan makanan tersebut.

Dalam ucap aluan wakil Pengarah JPN Kelantan, Drs. Mohd Yani berkata, program seperti ini perlu diadakan dari masa ke semasa demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Ini adalah kerana dengan pemakananlah ianya akan membentuk murid yang sihat dan cerdas. Beliau juga menyatakan bahwa pihak JPN Kelantan juga telah menubuhkan sebuah pasukan yang dinamakan “Flying Squad” yang mana kumpulan ini akan memantau setiap masa tentang penyediaan makan kepada murid oleh pengusaha kantin dan juga pengusaha dewan makan sekolah.. Beliau juga amat berharap agar semua pihak yang terlibat dalam pengurusan makanan di sekolah agar sentiasa memberi perhatian yang serius dalam soal pengurusan dan penyediaan pemakanan.

Program ini akhirnya telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn. Hj. Abdul Jabar Ahmad, Pengarah Bhg. Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut beliau, kes keracunan makan adalah ditahap yang serius ketika ini. Dalam tahun ini sahaja terdapat sebanyak 11,226 kes yang melibatkan kes keracunan makanan di seluruh negara dan 67% daripadanya adalah kes yang berlaku di sekolah. Oleh demikian pihak beliau telah mengambil pendekatan untuk mengadakan “Road Show” ke beberapa negeri yang kes keracunannya tinggi dengan harapan untuk memberi kesedaran tentang keselamatan makanan. Beliau juga menyatakan bahawa pihak beliau akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan semua golongan terutamanya murid sekolah akan sentiasa mendapat bekalan makanan yang baik dan bermutu.

 

 
 
     

 

 

 


 

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |