Bermula pada 6hb Mei 2007 dan berakhir pada 8hb Mei, satu persidangan Majlis Guru Besar Daerah Kuala Kangsar telah berlangsung di BTPN Kelantan. Seramai 68 orang ahli majlis telah menghadiri persidangan ini.
Semasa berada di BTPN Kelantan, mereka telah menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan mereka. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mesyuarat agong MGB Kuala Kangsar, mesyuarat pengurusan sekolah dan juga lawatan penanda aras di SK Dato’ Hashim.
En. Mohd Jamaai Ahmad selaku YDP Majlis Guru Besar Kuala Kangsar telah merakamkan ucapan terima kasih beliau terhadap BTPN Kelantan yang mana telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang telah dijalankan semasa mereka berada di BTPN Kelantan dan juga mereka berharap agar hubungan ini akan terus berlangsung pada masa akan datang.
Dalam ucapan perasmian penutup, Pengarah BTPN Kelantan, En. Muhammad Dain Othman telah merakamkan ucapan terima kasih kerana telah memilih BTPN Kelantan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka. Tuan Pengarah juga berharap agar segala keputusan yang telah diputuskan semasa berada di BTPN Kelantan ini akan dapat dimanfaatkan dan disempurnakan oleh semua ahli-ahli MGB Kuala Kangsar setibanya mereka di sana.
|