Taklimat Pelaksanaan J-Qaf 2007


19 April 2007.   Bertempat di Dewan Besar BTPN Kelantan seramai 380  orang guru j-Qaf ambilan 2007 telah menghadiri taklimat pelaksanaan tersebut.  Slot dialog bersama Ketua Sektor SPPIM juga diadakan dalam majlis tersebut.  Slot berdialog ini dikendalikan oleh Tn. Hj. Ab Razak Mat Saat pada sesi petang.

Dalam program ini terdapat lima model pelaksanaan j-Qaf yang dibincangkan diantara pengajur dan peserta.  Antaranya ialah  :

a.    Model Kelas Pemulihan Jawi
b.    Model Tasmik
c.    Model 6 bulan Khatam al-Quran
d.    Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi
e.    Model Bestari Solat

Menurut pihak pengajur, program ini adalah salah satu daripada usaha mereka untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

Pihak BTPN Kelantan berharap agar program ini dijadikan sebagai perintis untuk melahirkan murid Islam yang dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi, murid yang dapat menguasai Bahasa Arab dan semoga ianya akan memantapkan penghayatan murid dalam amalan Fardhu Ain.


 

     

 


 

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |