Program Jejak Maklumat 2007

29 Ogos 2007. Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan 'Treasure Hunt' atau 'Explore Race'. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap pelajar bagi mendorong kepada pencarian ilmu dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. Program yang berlangsung di SMK Long Ghafar melibatkan sekolah menengah dan rendah dari semua PPD. Antara peserta yang mengambil bahagian adalah SMK Long Ghafar, SMK Zainab 1, SMK Kubang Bemban, SMK Kamil, SMK(A) Tok Bachok, SMK Dato' Mahmud Paduka Raja (2), SMK Sultan Yahya Petra (1), dan SMK Tengku Indera Petra (1). Manakala dari sekolah rendah adalah SK Zainab 2, SK Berangan 1, SK Hamzah 1, SK Sri Suria 1, SK Banggol Guchil dan SK Seri Wangi. Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Ybrs Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Tn. Hj. Ismail b. Md Noor.



 

     

 

   
   
   
 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |