MAJLIS TAKLIMAT URUSAN PERLANTIKAN DAN PENGAMBILAN SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

 

28 Febuari 2007. Satu majlis taklimat urusan perlantikan dan pengambilan telah diadakan di BTPN Kelantan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Seramai 18 orang ahli SPP yang terdiri daripada Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang diketuai oleh Ybhg Tan Sri Datuk Abdul Rafie b. Mamat ( Pengerusi Suruhanjaya Pelajaran Malaysia ), Ybhg Dato’ Kusaini bin Hj Hasbullah ( Timbalan Pengerusi ), Ybhg Dato’ Nooraishah bt Ahmad Tajudin dan ahli-ahli Suruhanjaya yang lain. Majlis ini turut dihadiri oleh YABrs Tuan Haji Ismail bin Mohd Noor ( Pengarah Pelajaran Kelantan ) dan Ybrs En Muhamad Dain bin Othman ( Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan ).

Tujuan utama majlis ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang kenaikan pangkat dan tatatertib, pengambilan pegawai perkhidmatan pelajaran dan pengambilan anggota khidmat sokongan.

Selain itu, pihak SPP juga menyediakan kaunter-kaunter “Bertemu Pelanggan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang, Majlis ini dihadiri oleh 500 orang jemputan yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir seluruh negeri.

Adalah diharapkan agar program ini dapat membantu warga-warga pendidik memahami lagi tentang fungsi SPP dalam dunia pendidikan di Malaysia.

 

VVIP yang hadir dalam majlis tersebut

 

Ucapan perasmian Ybhg Tan Sri Datuk Abdul Rafie b. Mamat (Pengerusi Suruhanjaya Pelajaran Malaysia)

     
 

Bersama mantan pengarah BTP

 
Kaunter mesra pelanggan SPP

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |