27 Mac 2007. Satu kursus anjuran JPN Kelantan yang di kelolakan oleh BTPN Kelantan sedang berlangsung di Demong Beach Resort, Terengganu dari 26.3.2007 hingga 29.3.2007. Kursus ini dihadiri oleh penyelaras makmal sekolah daerah Tanah Merah dan Jeli yang terdiri dari 67 orang peserta. Kursus yang dianjurkan ini adalah untuk memberi panduan tentang pengurusan makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan penyelarasan konfigurasi rangkaian. Penceramah terdiri dari pegawai JPN, BTPN dan Jurulatih Utama ICT Negeri Kelantan.
|