Perasmian Program Capaian Internet Tanpa Wayar di Dabong



22 April 2007. Program Capaian Internet Tanpa telah sempurna dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ramzi bin Abdul Rahman, Ahli Dewan Negeri Dabong. Majlis yang diadakan pada hari ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Yusoff bin Harun, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Pengarah BTPN Kelantan, Ahli Dewan Negeri Mengkebang, Pegawai-Pegawai PPD dan Agensi kerajaan.

Program Capaian Internet Tanpa Wayar telah membekalkan penduduk kawasan Dabong untuk menikmati perkhidmatan schoolnet secara percuma. Kemudahan ini membolehkan komuniti kawasan Dabong membuat permohonan anak-anak lepasan sekolah mengisi borang IPTA dan IPTS secara online. Ibu bapa juga dapat mengakses internet untuk menyemak daftar pengundi, saman dan juga e-filing. Dengan ini komuniti Dabong tidak terpinggir dalam arus globalisasi.

Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Mat Tok Bilal, dengan adanya Capaian Internet Tanpa Wayar, masyarakat setempat dapat mengisi borang SPA secara online. Disamping itu juga penduduk kawasan Dabong dengan mudah dapat membaca berita dari pelbagi jenis akhbar yang mana sebelum ini penduduk disini agak sukar untuk membaca akhbar dan berita terkini. Beliau yang juga Pro PPM kawasan Dabong amat berterima kasih kepada BTPN Kelantan kerana telah mencuba untuk merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar.




 

     

 


 

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |