Majlis Perasmian Pelaksanaan Prosedur MS ISO 9001 : 2000 dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BTPN Kelantan 2006.



4 Jun 2007. Majlis perasmian pelaksanaan Prosedur MS ISO 9001 : 2000 dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BTPN Kelantan 2006 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Yusoff bin Harun, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Majlis ini juga diadakan untuk meraikan pertukaran dan kenaikan pangkat YBhg. Dato' Hj. Yusoff bin Harun sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Objektif program ini adalah :

1. Mendedahkan warga BTPN Kelantan dengan Prosedur Kualiti MS ISO 9001 : 2000 untuk dilaksanakan.

2. Menghargai pegawai dan kakitangan yang memberi perkhidmatan cemerlang pada tahun 2006.

3. Meningkatkan lagi potensi dan kerja berpasukan dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan BTPN.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BTPN Kelantan 2006 adalah :

En. Che Salleh b. Che Hussin
Pn Azlina bt Idris
En. Lazim b. Abdul Rahman
En. Sabri b. Abdullah
Hj. Mohd Nasir b. Sulaiman
En. Abdul Shafri b. Mohammad
Hj Mohd Husaini b. Husain
En. Mohd Arif Bakhtiar b. Yusof
En. Yusri b. Mat Yaman
Hj Che Hassan b. Hj Ab Rahman




 

     

 
   
   

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |