4 Febuari 2007, Unit Pembangunan Manusia dan latihan telah menjalankan agenda pertama mereka untuk 2007 dengan mengadakan kursus Pedagogi
Bestari kepada guru-guru di negeri Kelantan.
Untuk ambilan pertama 2007 , seramai 25 orang guru telah terlibat.
Kursus Pedagogi Bestari kali ini telah mengalami beberapa perubahan
berbanding dengan format kursus sebelum ini, dimana guru-guru akan mengikuti kursus tersebut selama sebulan. Mereka akan didedahkan dengan
ilmu dan maklumat selama 2 minggu di Institut Perguruan Kota Bharu dan
selebihnya mereka akan menjalani latihan praktikal di sekolah
masing-masing.
Antara unit yang terlibat secara langsung dalam program kursus ini ialah Unit Pembangunan Manusia dan Latihan, Unit ICT dan Unit Penggalakan Penggunaan Teknologi Pendidikan dan Media.
Semasa guru-guru menjalani program tersebut di Institut Perguruan Kota Bharu, mereka akan berada di PSPN Kelantan selama sehari untuk menerimaLatihan dalam pengurusan bahan sumber digital secara “hands on”. Ianya dikendalikan oleh pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan di PSPN Kelantan.
|
|
|
Peserta sedang mendengar ceramah
|
|
Ketua Unit PPTP & M menyampaikan ceramah.
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
Tekun mencuba sesuatu yang baru
|
|