|
28 Mac 2007. BTPN Kelantan dalam proses
melaksanakan Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik(
(eSPKB) dalam kawalan belanjawan, memantau perbelanjaan PTJ, penyediaan
dokumen kewangan dan pembayaran.
Pelaksanaan peringkat awal tahun 2005 tergendala disebabkan masalah
rangkaian yang tidak dapat dielakkan oleh BTPN Kelantan. Melalui
pemasangan EGnet di jabatan ini pada 8 Januari 2007, usaha menjayakan
projek aplikasi kerajaan elektronik ini diteruskan semula.
Dalam mesyuarat jawatan kuasa eSPKB pada 8 Mac 2007, tindakan
mengenalpasti keperluan infrastruktur dan data kewangan telah dibuat.
Keperluan infrastruktur diletakkan dibawah Unit Perkhidmatan ICT dan
pengurusan pelaksanaan di bawah Unit Pentadbiran,Perkhidmatan dan
Kewangan. Target pelaksanaan sepenuhnya dijangka pada 1 Jun 2007.
Untuk mempastikan pelaksanaan sistem ini dapat dijalankan secara
efektif, permohonan menjalani kursus eSPKB bagi pegawai dan staf telah
dibuat melalui INTAN dan BTP.
|