KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2006 


Konvensyen anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan ini telah diadakan pada 18 Julai 2006 bermula jam 8.00pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Besar Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan. Pelbagai program telah diatur sepanjang sehari konvensyen ini
berlangsung di antaranya pertandingan melukis poster, pertandingan bercerita, pertandingan menulis esei, pertandingan tokoh doktor muda dan persembahan bakat. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj. Ahmad Razin B. Dato' Hj. Ahmad Mahir Pengarah Kesihatan Kelantan. Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Tn. Hj. Ishak B. Ismail Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian JPN Kelantan, YBrs. En. Muhammad Dain B. Othman KPP PSPN Kelantan serta para pegawai dari JPN, PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah seluruh Kelantan.

 
 
Pameran Kelab Doktor Muda   Pertandingan Melukis Poster
     
 
Persembahan Bakat   Pertandingan Bercerita
     
 
Penyampaian hadiah oleh YBrs. Tn. Hj. Ishak B. Hj. Ismail kepada para peserta yang berjaya   Penyampaian hadiah oleh YBhg. Pengarah Kesihatan Kelantan kepada para peserta yang berjaya

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |