PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2006 


Pertandingan anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia Kelantan, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan ini telah berlangsung pada hari Ahad, 4 Jun 2006 jam 8.45 malam bertempat di Dewan Besar Pusat Sumber Negeri Kelantan. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YABrs. En Ismail Bin Yusof Pengarah Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir pada majlis ini ialah YABbrs. Tn. Hj. Ismail Bin Mohd Noor Pengarah Pelajaran Kelantan, YBbrs. En. Muhammad Dain Bin Othman KPP PSPN Kelantan, YBrs Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu serta YBrs. Pegawai Pelajaran Daerah Bachok.

Seramai 10 orang peserta mempersembahkan nyanyian masing-masing. Johan bagi kategori lelaki dan perempuan akan mendapat RM1000/Piala dan sijil. Naib Johan RM800/Piala dan sijil, Ketiga RM 600/Piala dan sijil serta Saguhati RM 200/Sijil.

 
Peserta ke-9 sedang mendendangkan lagu wajib berjudul- Laksamana Mati Dibunuh   Peserta ke-6 yang juga Johan bagi kategori lelaki
     
 
Para Pemenang bagi kategori lelaki dan perempuan   Tarian Rampaian oleh Badan Budaya Negeri Kelantan

 

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Jalan Maktab, 16100 Pengkalan Chepa Kelantan | Tel: 09-7738688, 7738689 Fax: 7736909
Hakcipta Terpelihara © Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan | WebMaster |
| Paparan sesuai 1024x768 |