Seminar PIPP Peringkat Negeri Kelantan.
Pengkalan Chepa 28 Jun 2008. YB. Dato' Sri Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan Seminar PIPP Peringkat Negeri Kelantan. Seminar yang berlangsung selama 1 hari telah dihadiri oleh Tan Sri Annuar Musa, Tn Hj. Adenan b. Deraman, Pengarah BTP, KPM, Tn. Hj. Ismail Mohd Noor, Pengarah JPN Kelantan serta Pegawai-pegawai dari JPN dan BTPN Kelantan. . berita lagi
Semalam di SK Sungai Rual.
Jeli 16 Jun 2008. Beberapa orang pegawai termasuk dua dari BTP, BTPN Kelantan, PPD Daerah Jeli dan PKG Jeli serta Ayer Lanas telah membuat lawatan ke sekolah orang asli iaitu SK Sungai Rual. berita lagi
Projek I-Pintar JPM.
Jeli 16 Jun 2008. 9 buah sekolah parlimen Jeli termasuk 2 kelas Tadika Kemas akan mendapat Papan Interaktif. Pegawai dari Unit ICU( Implementation Coordination Unit) JPM terdiri dari Pn Norsini Hussin (Pengarah Bahagian Sosial) dan Pn Rosni Abdul Malek (Pengarah Bahagian IT) serta Pegawai dari BTP Kementerian Pelajaran Malaysia, Pn Maimunah dan Pn. Haninah Salim. berita lagi
Portal Edu Web BTPN Kelantan dilancarkan.
15 Jun 2008. Portal Pendidikan Edu Web BTPN Kelantan telah disempurnakan pelancarannya oleh Tuan Timbalan Pengarah BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tn Hj. Rosland b. Hussein. Majlis ini telah turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Tn Hj. Ismail b. Mohd Noor. berita lagi
Bengkel Muatnaik Bahan Edu Web
11 Jun 2008. Seramai 20 orang terdiri dari Pegawa BTPN dan PKG Kelantan telah berbengkel untuk memuatnaik bahan-bahan P&P ke Portal Eduweb BTPN Kelantan. Bengkel yang dikendalikan oleh Unit ICT BTPN Kelantan telah dapat memuatnaik sebanyak 160 tajuk video yang terdiri dari bahan TV Pendidikan dan bahan Terbitan Khas BTPN Kelantan. berita lagi Malam Mesra Bersama JPN & BTPN Kelantan Meriah
7 Jun 2008. Malam Mesra Bersama JPN & BTPN Kelantan yang berlangsung di Dewan Besar BTPN Kelantan meriah. berita lagi
|